Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Beduk Di Ketuk




Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.
Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.
Penulis Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog TBBK 1192
Kod ISBN 978-967-388-036-2
Harga 
RM26.00


101 Rekreasi Hati







Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
Penulis
Kartunis
: Dr. Zahazan Bin Mohamed
: Nik Wafdi Nik Jaafar
Kod Katalog TBBK 1182
Kod ISBN 978-967-388-020-1
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM17.00
: Sabah / S'wak: RM19.00