Tuesday, January 1, 2013

Polisi Penghantaran


Polisi Penghantaran

Pesanan yang dibuat melalui nbbukuonline.com boleh dihantar ke mana-mana alamat di Malaysia. Pihak pengurusan akan membuat pengiraan caj penghantaran bergantung kepada berat,kuantiti yang dipesan dan perkhidmatan penghantaran yang dipilih.

Bermula Februari 2013, setiap pesanan buku yang melebihi RM25 tidak akan dikenakan kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, pelanggan perlu membuat pembelian RM100 ke atas untuk menikmati kos penghantaran percuma.
Buat masa sekarang pihak pengurusan Bookcafe menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia bagi penghantaran dalam negara sahaja setakat ini.

1) Pos Malaysia (Boleh rujuk ke laman Pos Malaysia bagi mengetahui caj penghantaran semasa). Masa jangkaan pelanggan akan menerima pesanan adalah seperti berikut.
  • Pos Laju : Lembah Klang (1 hingga 3 hari bekerja) selepas pembayaran disahkan (Payment Verification) 
  • Pos Laju : Semenanjung Malaysia (2 hingga 4 hari bekerja) selepas pembayaran disahkan (Payment Verification)
  • Pos Laju : Sabah, Sarawak, Labuan (3 hingga 7 hari bekerja) selepas pembayaran disahkan (Payment Verification)
2) No Pengesanan (Tracking No) : Selepas penghantaran dibuat, pihak Bookcafe akan mengemaskini status pesanan pelanggan dan para pelanggan akan menerima email yang mengandungi nombor pengesanan penghantaran. Para pelanggan boleh membuat semakan status parcel di http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp.

No comments:

Post a Comment