Showing posts with label Motivasi Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Bisnes. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Nota Kewangan Nota Motivasi

RM30 Semenanjung
RM32 Sabah Sarawak
+RM5 pos eskpres

Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan. Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda, menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan.
Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah, Insya-Allah

Friday, July 13, 2012

Wanita Juga Boleh Berbisnes




Wanita Juga Boleh Berbisnes
oleh Muhammad Abu Syauqi Banna
ISBN 978-967-361-037-2
Tarikh Terbit: Disember 2011
Jumlah Muka Surat: 179
Harga: RM16.00/RM19.00

___Sinopsis_________________________________________________


Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.
Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.
Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesimbangan bagi jagat ini.
Buku ini menukilkan gambaran cara berbisnes seperti yang ditunjukkan wanita solehah sesuai sepanjang zaman. Selamat membaca!

Sunday, July 1, 2012

17 Rukun Berbisnes Dengan Allah

RM20

+5 pos ekspres


Bab 1 – Rukun Bekerja
Bab 2 – Rukun Kesabaran
Bab 3 – Rukun Taubat
Bab 4 – Rukun Sederhana
Bab 5 – Rukun Tawakkal
Bab 6 – Rukun Silaturrahim
Bab 7 – Rukun Sedekah
Bab 8 – Rukun Kejujuran
Bab 9 – Rukun Takwa
Bab 10 – Rukun Ikhlas
Bab 11 – Rukun Meminta-minta
Bab 12 – Rukun Istiqamah
Bab 13 – Rukun Prasangka
Bab 14 – Rukun Keyakinan
Bab 15 – Rukun Kecerdasan
Bab 16 – Rukun Syukur
Bab 17 – Rukun Kesucian

Saturday, June 23, 2012

Jika Ingin Cepat Kaya, Perbanyakkan Sedekah Mu

RM15

ISBN: 9675984244
Pengarang :Nurul Mubin 
Penterjemah : Nur Faizah
Penyunting/Editor : Dr.Mohd.Puzhi Usop