Showing posts with label Penerbit Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Penerbit Telaga Biru. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Istigfar Dan Taubat

RM30

+RM5


Istighfar dan taubat ialah jalan kebenaran dalam mencari ruang keampunan Allah SWT. Kedua-dua amalan ini saling melengkapi dalam usaha manusia meraih kurniaan pengampunan terhadap Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah SWT telah memuji insan-insan yang memohon keampunan dan kembali ke landasan Islam yang sebenar, di samping menjanjikan ganjaran dan pahala yang amat besar.
Istighfar dan taubat yang dilakukan oleh Muslim dengan syarat-syarat dan adab-adabnya yang betul agar sentiasa berada atas landasan tawajjuh kepada Allah SWT semata-mata. Sebagai hamba Allah SWT, untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di Akhirat, mereka haruslah bertakwa kepada Allah SWT iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga buku ini dapat memberi panduan lengkap dan seterusnya membimbing kita ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT demi mengecap kehidupan yang bahagia di dunia dan di Akhirat.
Nama Penulis: Hj Ismail & Hajah Saulah
Harga: RM30.00
Kod Produk: TBBK1153
ISBN: 978-967-388-064-5
Saiz: 14 x 21(cm)
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 304 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Januari 2012

Kutemui Cinta-Nya

RM23
+RM5 pos ekspres

Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.
Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.
Nama Penulis: Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Illustrasi : M. Shakariza
Harga: RM23.00
Kod Produk: TBBK1212
ISBN: 978-967-388-069-0
Saiz: 11.5 X 18.5 (cm)
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 312 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Januari 2012

Wednesday, June 20, 2012

Diari Hamil


- Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
Penulis 
1. Khairun Nisak Zakaria
2. Muhd Mawardi Zakaria
3. Khulwana Hanapi
Kod Katalog TBBK 1169
Kod ISBN 978-967-388-010-2
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM26.00
: Sabah / S'wak: RM28.00






Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah



Buku “Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah” ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam.
Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan Bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.
Penulis Dr. Badul Basit Abdul Rahman
Kod Katalog TBBK 1111
Kod ISBN 978-967-5102-63-1
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM30.00
: Sabah / S'wak: RM32.00

Riba & Isu Kewangan Semasa



Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.
Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Kod Katalog TBBK 1160
Kod ISBN 978-967-5102-90-5
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM20.00
: Sabah / S'wak: RM22.00